Dan betapa sedikitnya pahala yang aku kumpulkan
“Jangan menjadi orang yang :
Mengharap akhirat tanpa persiapan amal.
Mengundur taubat kerana panjang angan-angan.
Bertutur kata seperti orang zuhud,tetapi beramal seperti orang durhaka.
Jika diberi, tidak pernah puas, Jika tidak diberi,selalu menuntut. Tidak mensyukuri pemberian, selalu mengharap tambahan.
Melarang, tetapi dia terus melakukan.
Menyuruh sesuatu yang tidak dia lakukan.
Mencintai orang saleh, tetapi tidak beramal seperti mereka.
Benci terhadap orang yang melakukan dosa, padahal dia selalu melakukan maksiat. Ketika sakit, dia sangat menyesal.
Ketika sehat, dia merasa aman untuk berbuat dosa. Merasa sombong ketika diberi maaf. Berputus asa bila ditimpa cobaan.
Ketika diuji dengan musibah, dia berdoa seperti orang yang sangat memerlukan. Ketika dalam keadaan lapang, dia berpaling dengan kesombongan.
Mudah dikalahkan oleh hawa nafsu melebihi dugaannya.
Tidak mampu menundukkan hawa nafsunya.
Mampu memberi pelajaran, tetapi dirinya tidak mendapatkan pelajaran.
Pintar menasihati, tetapi dia sendiri tidak mengamalkannya.Ucapannya meyakinkan, amalnya sangat minimal.
Senang berbuat sesuatu yang cepat sirna, sementara yang pasti kekal dia abaikan. Membesar-besarkan kebaikan yang dia lakukan, sehingga kebaikan yang dilakukan orang lain dia sepelekan.
Lebih senang bersenda gurau dan menyanyi ketimbang berzikir bersama orang-orang fakir.
Membimbing orang lain, sementara dia mejerumuskan dirinya sendiri.”
No comments:
Post a Comment